Stay-C (album Stacy)

Stay-C merupakan album studio kedua oleh Stacy. Album ini dilancarkan pada tarikh 9 September 2011 dibawah label Warner Music (Malaysia). Lagu-lagu hits dari album ini ialah Pelangi Senja, Kisah Dongeng, Kasanova dan Bosan. Lagu Pelangi Senja berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-27 pada tahun 2012, sekaligus ini merupakan satu-satunya lagu yang bergenre rentak balada yang dinyanyikan beliau yang mara ke pentas anugerah berprestij tersebut. Manakala lagu Bosan juga berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-28 pada 2013.

Stay-C (album Stacy)

Dikeluarkan pada 9 September 2011
Penerbit Aditya Takhur, Khairul Anuar Salleh, Astro Entertainment Sdn Bhd
Dirakam pada 2010-2011
Genre Pop
Syarikat Warner Music